Khamis, 5 April 2012
RANCANGAN MENGAJAR
Nama kelas : Tadika Mawaddah
Bilangan murid : /15 Orang
Umur : 6 Tahun
Minggu & Hari : Minggu ke-22 & hari Rabu
Tarikh : 19hb Oktober 2011
Cadangan masa : ( 9.00 pagi – 9.40 pagi) 40 Minit
Tajuk dan Tema : Pakaian dan Aksesori
Tunjang utama : Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia
Tunjang disepadukan : Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika- Kreativiti
: Tunjang Fizikal dan Estetika- Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Standard pembelajaran utama :
i) (BM 1.2.2) Mengenal perkataan dengan bunyi suku kata awal yang berbeza
Standard pembelajaran yang disepadukan :
i) ( KTI 2.1.13) Menyanyi dengan gerakan
ii) ( PFK 1.2.5 ) menggunakan jari untuk menguntai objek bersaiz besar dengan menggunakan tali besar.
Objektif pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh :
i) Menyebut suku kata yang berbeza seperti rantai, gelang, manik dan cincin
ii) Aktiviti nyanyian dan gerakan kreatif dengan bimbingan guru
Iii) Melakukan kemahiran moto halus tangan untuk menguntai manik yang besar.
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah tahu mengeja perkataan rantai, gelang, manik dan cincin.
Penerapan nilai : Keyakinan, Keberanian, Ketekunan dan Bersemangat
Alat bantu mengajar (ABM) : Rantai manik, Gelang, Tali, Kad imbasan, Lembaran kerja
KBKK : Menjana Idea
RANCANGAN MENGAJAR
LANGKAH MASA | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN | |
AKTIVITI GURU | AKTIVITI PELAJAR | ||
Set Induksi ( 5 Minit ) | - Guru masuk ke kelas sambil memakai rantai manik yang sangat cantik pada leher dan gelang yang sngat besar pada pergelangan tangan. - Guru meminta murid meneka barang yang dipakai oleh guru dileher dan pergelangan tangan. -Guru memberitahu benda tersebut adalah aksesori perhiasan yang dikenali sebagai rantai manik dan gelang. | - Murid berasa teruja dengan dan tertanya-tanya apakah yang cuba ditunjukkan oleh guru. - Murid memberi pelbagai jawapan dengan penuh keyakinan. -murid berasa teruja setelah dapat mengetahui benda yang dipakai oleh guru. | ABM: Rantai Manik Gelang Objektif: - Nilai: Keyakinan KBKK: Menjana Idea |
Langkah 1 ( 15 Minit ) | - Guru mengajar kaedah fonetik dalam membunyikan kosa kata rantai, gelang, cincin dan manik menggunakan kad imbasan. -Guru meminta seorang murid berdiri dan membunyikan kosa kata yang ditunjukkan pada kad imbasan. -Setelah selesai sesi mengajar, guru meminta pelajar berdiri untuk menyanyi lagu aksesori saya beramai-ramai sambil membuat gerakan dengan bimbingan. | - Murid belajar dengan penuh ketekunan dan bersemangat. -Murid tersebut berdiri dan membunyikan kosa kata yang ditunjukkan pada kad imbasan. - Semua murid mendengar arahan dan berdiri lalu menyanyikan lagu sambil membuat gerakan. | ABM: Kad imbasan Rantai Gelang Manik Cincin Objektif: (i) & (ii) Nilai: Keberanian Ketekunan Bersemangat KBKK: Menjana Idea |
Langkah 2 ( 15Minit) | -Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu mangkuk yang berisi manik pelbagai warna -Guru menunjukkan kepada murid cara-cara untuk membuat rantai menggunakan manik dan tali. | - Murid berada dalam kumpulan yang telah dibahagikan dan menunggu arahan seterusnya. - Murid melihat dengan penuh ketekunan dan melakukan aktiviti menguntai manik dengan gembira. | ABM: Mangkuk Manik Tali Objektif: (iii) Nilai: Ketekunan KBKK: Menjana Idea |
Penutup ( 5 Minit ) | - Guru bersoal jawab dengan murid mengenai sesi pembelajaran pada hari ini - Guru bertanya kepada murid : - Apakah yang telah dipelajari pada hari ini? - Bagaimana membunyikan kosa kata mengikut gambar pada kad imbasan yang ditunjukkan? - Guru memberi lembaran kerja dan menerangkan cara-cara untuk membuat sebelum dibawa pulang. | - Murid memberi pelbagai jawapan dengan penuh keyakinan. - Murid membunyikan kosa kata pada kad imbasan yang ditunjukkan. - Murid mengambil lembaran kerja | ABM: Lembaran kerja Kad imbasan Objektif: (i ) Nilai: Ketekunan Keyakinan KBKK: Menjana idea |
Impak :
Lagu kanak-kanak
mama ku pulang dari kota,
mama ku belikan ku rantai,
rantaiku cantik berwarna merah,
bolehku pakai kemana sahaja
bling..bling..bling..bling..bling..bling..bling..bling
ayahku belikan ku gelang,
gelangku cantik berwarna kuning.
Bolehku pakai ke sekolah..
bling..bling..bling..bling..bling..bling..bling..bling
Kakakku belikan ku cincin,
Cincin ku berkilat berwarna coklat,
Akan ku pakai ia selalu..
Langgan:
Catatan (Atom)